Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Dialog Pembangunan bersama PMKK Daerah Temburong

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Dialog Pembangunan bersama PMKK Daerah Temburong.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir selaku tetamu kehormat Dialog Pembangunan bersama Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Temburong.

BANGAR, 20 Disember. – Bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan pembangunan di Negara Brunei Darussalam berjalan lancar dan selari dengan hala tuju negara, Kementerian Pembangunan telah mengadakan sesi Dialog Pembangunan bersama Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Temburong di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Temburong, Pekan Bangar pada pagi ini.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Dalam ucapan alu-aluannya, Yang Berhormat Menteri Pembangunan menyatakan bahawa Sesi Dialog ini mencerminkan komitmen serta usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk sentiasa mendengar suara di setiap peringkat khususnya akar umbi. Seperti daerah-daerah lain, Daerah Temburong juga sama penting dalam agenda Pembangunan negara.

Inisiatif ini juga merupakan platform untuk membincangkan secara terbuka mengenai isu-isu yang sering dihadapi oleh Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung sebagai langkah menuju ke arah memperbaiki lagi perkhidmatan Kementerian Pembangunan.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan turut mengongsikan bahawa segala usaha pembangunan di Daerah Temburong telahpun dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan, dengan memberi penekanan kepada kualiti perkhidmatan yang disampaikan.

Sesi Dialog dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Ketua Kampung Bokok, Daerah Temburong, Awang Abdul Mu'iz bin Haji Kadir. Seterusnya, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung serta Majlis-Majlis Perundingan Kampung dijemput untuk mengongsikan segala kemaslahatan dan cadangan-cadangan ke pihak Kementerian Pembangunan.

3_Dialog Pembangunan bersama PMKK Daerah Temburong.JPG4_Dialog Pembangunan bersama PMKK Daerah Temburong.JPG

2_Dialog Pembangunan bersama PMKK Daerah Temburong.jpg5_Dialog Pembangunan bersama PMKK Daerah Temburong.JPG

SESI dialog di antara Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Temburong.

Turut hadir di sesi dialog tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Nasir; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Ketua-Ketua Jabatan; Penghulu- Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung serta Majlis Perundingan Kampung, pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

6_Dialog Pembangunan bersama PMKK Daerah Temburong.JPG.jpg

SESI bergambar ramai.​

Attachments